Cara Penggunaan Pure Marine Collagen :



  1. Basuh kolagen mentah, ramas seperti basuh beras 5-6 kali. 
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus (lebih baik letak daun pandan kalau tak nak ada bau rumpai tu)
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 5-6 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
  1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
  2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
  3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat 


Cara Membuat Masker Muka:
Cuci bersih wajah dengan pencuci muka dan bilas. Lebih elok jika wajah diwapkan selama 10 – 15 minit bagi membuka liang-liang pori kulit, kemudian baru disapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibawa tidur semalaman sebelum dicuci. Ia pantas menyerap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya, pori-pori wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk mendapat wajah yang lebih menawan.

Masker Untuk Kulit Berminyak
Sebatikan gel kolagen bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.

Masker Untuk Kulit Normal
Campurkan madu bersama gel kolagen ini dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu membuatkan kulit tampak lebih berseri, segar dan bercahaya.

Masker Untuk Kulit Kering
Campurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon dan sapu wajah dan leher serta dibiarkan kering selama 20 – 25 minit sebelum dibersihkan. Ia akan membuatkan kulit tampak lebih muda, melambatkan penuaan dan melembabkan kulit


PERHATIAN :

  • Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..


  • Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..